Review buku Empayar 2 Hikayat Mukjizat Daripada Iblis.


Selepas bertahun-tahun berperang, akhirnya Nusantara aman di bawah naungan sultan Kerajaan Aradhanapura. Sehinggalah datang mereka yang mendakwa bahawa kekuasaan kerajaan Aradhanapura itu adalah hasil perjanjian syaitan.

Selepas kematian Tuan Mursyid Bija, Madrasah Taming Sari telah menjadi lemah sehingga terdapat musuh yang dapat menceroboh masuk madrasah dengan senang.

Pelatih 6480, sahabat baik Pelatih 8492, perlu berfikir bagaimana hendak membebaskan Madrasah Taming Sari dari musuh yang ingin menjatuh kan Kerajaan Aradhanapura.

Tetapi, mampukah Pelatih 6480 membebaskan Madrasah Taming Sari dari musuh jahat, atau, adakah Pelatih 8492 akan muncul untuk menolong Pelatih 6480?

Buku Empayar 2 ini telah menjadi lebih bagus dan dah mula ada rasa debar-debar sikit bila saya baca.

Ada yang buat saya rasa takut, gembira, dan gementar dalam buku ini. Tapi masih best.

Bagi sesiapa yang mahu beli buku Empayar 2 Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, boleh dapatkan di Iman Shoppe disini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *