Review buku Empayar 1 Hikayat Putera Tanpa Nama.


Ilmu agama ini seperti senjata. Jika di tangan yang baik, maka akan digunakan untuk mengalahkan yang jahat. Tapi, kalau ia di tangan yang jahat, maka akan digunakan oleh yang jahat untuk menghapus kan yang baik.

Di dalam buku ini, ada tiga watak yang menonjol:

  1. Pelatih 8492. Seorang yang bijak menggunakan akal dan juga pandai bab agama. Dia mempunyai 1 rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa, iaitu… Rahsia. Hehehe. Beli buku Empayar 1 Hikayat Putera Tanpa Nama untuk tahu.
  2. Pelatih 6480. Seorang lelaki yang kacak, tetapi dia juga seorang yang kurang ilmu agama dan tidak pandai berdebat. Pelatih 6480 juga ialah kawan baik Pelatih 8492.
  3. Pahlawan 1636. Seorang yang pandai ilmu agama dan hebat berdebat. Dia tidak suka apabila ada orang yang cuba untuk melawan dia atau memperbetulkan dia.

Buku Empayar 1 ini menceritakan tentang ilmu agama dan bagaimana ia boleh disalah guna dan digunakan dengan betul. Selain itu, ia juga memberitahu sedikit pasal Tanah Melayu dan kehebatannya.

Buku ini juga memberitahu pasal orang zaman sekarang yang banyak gunakan agama untuk kepentingan sendiri, tetapi dengan timeline yang berbeza.

Saya sangat suka dengan buku Empayar 1 ini kerana ia mengajar agama dan juga sedikit budaya Melayu.

Bagi sesiapa yang mahu buku Empayar 1 ini, boleh dapatkan di Iman Shoppe di sini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *